Jumaat, 25 Disember 2009

2009 Berlalu 2010 Mula Menjengah











Tak berapa hari lagi kita akan melambaikan tangan tanda perginya 2009. Ini bermakna kita telah meninggalkan kenangan di MPBP lebih kurang 15 tahun lamanya. Lantaran begitu lama kita semua tak berjumpa maka masing-masing terus melupakan di mana bermulanya kerjaya kita. Betul kata pepatah "langit tak selalu cerah" "lain padang lain belalang" dan macam-macam lagi. Rasanya hubungan kita persis pepatah yang biasa dan kerap kita gunakan dalam P&P kita selama ini. Sememangnya kita mempunyai naluri yang berbeza dan cita rasa. Tapi hakikatnya aku seperti melukut di tepi gantang mengharap kawan-kawan meringankan tangan berkongsi pengalaman dalam laman ini, namun segalanya hampeh-sehampehnya. Tak apalah setidak-tidaknya dapat juga aku menyatakan perasaan terbuku di hati ini.
Tanggal xx Disember 2009, bermacam peristiwa aku alami. Man berkunjung ke Langkawi dan sempat berjumpa dengannya di Hotel Continental. Berborak agak panjang tapi malam mencemburui perbualan kita orang. Seronok juga dapat berjumpa walaupun tanpa dirancang. Buat Bambang, sejuta kemaafan aku pohonkan kerana tak dapat menerima kedatangan kau ke utara disebabkan aku terpaksa tinggal di Usm untuk pengajianku selama 3 minggu. Kita hanya mampu merancang...
Buat kita punya moderator, sekarangni semakin senyap... tak taulah kenapa. Maklumlah sekarang kita dilanda pelbagai insiden yang tak terduga... so lebih baik senyap dari membuka mulut... akhirnya binasa pula jadinya.
Wak Asri aku terjumpa di cafe di USM bersama Kamsiah Palid. Bersembang ala kadar kerana masing-masing mengejar waktu untuk menduduki peperiksaan. nak buat camna.... Tapi setidak-tidaknya mereka tak lupa akan kenangan di MPBP dan semua rakan-rakan di sana. Insya-allah mulai tahun hadapan andai rakan2 berhajat untuk ke utara, aku amat mengalu-alukan. Andai tiada halangan bulan April 2010 tamatlah pengajianku so ada sedikit masalah di waktu cuti.
Apapun...... terima kasih kepada semua kerana sudi membaca dan harap jangan terasa.... tapi kalau terasa nak wat camna kan..... tu la jangan makan cili kan dah pedas..... kalau tak mau kena getah.. jangan makan nangka.... tul tak.

Sabtu, 28 November 2009

Nikmatnya Mee Bandung Muar

Asam Pedas Ikan ( Melaka )
Nasi Briyani Gam ( Batu Pahat )

Mee Bandung Muar


Tanggal 22 Nov 2009 aku berkesempatan balik ke Simpang Renggam. Kerinduan terhadap kampung, pusara bonda tersayang, ayahnda dan keluarga begitu menusuk kalbu. Alhamdulillah terubat juga kerinduan aku walaupun sekadar 5 hari di kampung halaman. Desakan tugas dan kewajipan terhadap pengajianku memaksa aku pulang lebih awal.



Benar kata pepatah, "lain padang lain belalang". Di Kedah semuanya berbeza dengan Johor. Makanan, bahasa dan budaya adakalanya menjadikan aku lebih dewasa dengan pelbagai ragam kehidupan. Di Kedah popular dengan laksa, passembur, dan nasi kandar tetapi di Johor begitu popular dengan mee bandung muar, mee rebus dan nasi bariyani gam. Ahhhhh sukar digambarkan keenakan masakan Johor.



Maaf kepada kawan2 kerana tak dapat singgah kerana kesuntukan masa. Alhamdulillah aku berkesempatan menjamu selera mee bandung Parit Pinang. Sedapppppppp sehingga menjilat jari. Itulah kelebihan di Johor yang tidak ada di Kedah. Asam pedas Parit Jawa dan Melaka juga sangat membuka selera.



Bur dan kawan2 di Muar, insya-allah andai ada masa terluang akan aku singgah rumah kalian. Aap pun terima kasih kerana jemputan yangh tak tertunai oleh aku dan keluarga.

Selasa, 17 November 2009

Aduhai Kenapa Sepi Ni..........


Salam buat semua sahabat....
Kenapa senyap dan sunyi, macam tengah dilanda garuda je.....
Rasanya hanya aku dan burhan saja yang gatal tangan update blog ni.... tapi mengapa yang lain senyap? Tak kawan ke?
Apa pun terimalah picisan puisi ini untuk semua...

Hari ini hujan lebat,
Rasa sejuk tidak terhingga;
Aduhai sayang semua sahabat,
Mengapa sepi tanpa berita.

Aduhai sayang semua sahabat,
Mengapa sepi tanpa berita;
Bukankah dulu hubungan kita erat,
Susah senang kita bersama.

Bukankah dulu hubungan kita erat,
Susah senang kita bersama;
Walaupun jarang berutus surat,
Kenangan di MPBP sering menjelma.

Walaupun jarang berutus surat,
Kenangan di MPBP sering menjelma;
Marilah join blog agar rindu terubat,
Moga ukhwah kekal selamanya.

Kepada rakan-rakan sekalian aku cabar korang supaya jawab pantun berkait aku ni.....!
Bur aku cabar kau jawab pantun ni....
BangunNNNNNNNNN!!!!!! semua sahabat.... Ringankan tangan tulislah berita kaliannnnn!!!!!

( bohari )

Ahad, 8 November 2009

Kedah Mula Dilanda Banjir




Sejak kebelakangan ini, bahagian utara semenanjung kerap dilanda hujan lebat. Kekadang pagi dan juga petang. Disebabkan hujan lebat yang berpanjangan maka sebahagian kawasan di Kedah mula dinaiki air. Fenomena biasa yang akan melanda negeri utara semenanjung pada penghujung tahun.

Namun kawasan sekolah aku masih selamat tapi kawasan sekitar sekolah ada yang telah dilimpahi air. Kasihan kepada penduduk setempat. Subhanallah.........

Ahad, 1 November 2009

Gambar Kawan2 Di MPBP




Ha......


Aku dah cuba korek..... dapat satu gambar. Ni gambar masa jamuan hari jadi kut..... Tapi gambar ni tak berapa nak clear sebab dah lama dan kita dah pun tua belaka.... so gambar kita pun dah tua la jadinya.... Tapi dalam banyak2 kawan kita... wak jono la yang bertambah tua... sebab dulu pun dia dah dipanggil wak.... Bur... tapi si sidi o bangla tu mengancam woi.... lama tak jumpa dia... entah2 dia dah berlakon kut....

Jumaat, 30 Oktober 2009

Langkawi Bumi Mahsuri... Bumi Lagenda







Jalan-jalan ke Langkawi.......

Indahnya Bumi Tuhan.....











Saja kepilkan gambar untuk tatapan kawan2......




Hajat aku nak ke Sabah akhirnya tertunai...... seronok juga....




Jom kawan2 kita pi jalan-jalan ke Sabah...

Perodua MPV Mengancammmmmm!







November 2009 bermulalah satu era baru dalam industri automotif milik PERODUA. Mememahami kehendak dan citarasa pengguna yang memerlukan satu bentuk kenderaan yang mampu dimiliki oleh penduduk Malaysia serta mencukupi ruang bagi keluarga yang sederhana besar maka pada bulan ini akan terlancarlah perodua MPV terbaru yang namanya masih menjadi rahsia lagi. Tapi aku rasa cantik kalau diberi nama Perodua 1 Malaysian.

Selasa, 27 Oktober 2009

Kekejaman Israel Tiada Penghujungnya...

Israel sekat bekalan air
KANAK-KANAK ini meminum terus dari tangki air di kediamannya yang dimusnahkan dalam serangan tentera Israel di Rafah. – AP
BAITULMAQDIS 27 Okt. – Pertubuhan hak asasi manusia, Amnesty International melaporkan sekatan yang dikenakan oleh Israel menghalang penduduk Palestin di Tebing Barat dan Genting Gaza daripada mendapat bekalan air yang mencukupi.
Penggunaan air per kapita setiap hari di Israel adalah empat kali lebih tinggi daripada penggunaan air di wilayah-wilayah Palestin, menurut Amnesty dalam laporannya hari ini.
Seorang rakyat Israel menggunakan 300 liter air sehari berbanding 70 liter sehari yang digunakan oleh seorang penduduk Palestin di Tebing Barat dan Genting Gaza.
“Air ialah satu keperluan dan hak asasi tetapi bagi ramai penduduk Palestin memperoleh bekalan air yang tidak bersih bagi memenuhi keperluan sendiri pun sudah menjadi sesuatu yang di luar kemampuan mereka,” kata penyelidik Amnesty mengenai Israel, Donatella Rovera.
Jurucakap bagi Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyangkal kenyataan Amnesty itu dan menyifatkannya sebagai ‘tidak masuk akal’.
Israel mendakwa, ia memenuhi kewajipannya di bawah perjanjian damai Oslo 1993 sedangkan Palestin gagal memenuhi kewajipan mereka sendiri untuk mengitar semula air selain tidak mengagihkan bekalan air dengan cekap.
Israel yang turut mengalami masalah kekurangan air dan kenaikan tarif air mengawal sebahagian besar bekalan air di Tebing Barat, dengan mengepam air dari sumber air bawah tanah yang merentangi Israel dan wilayah Palestin itu.
Rejim Yahudi itu menjual air balik kepada Pihak Berkuasa Palestin mengikut kuota yang dipersetujui di bawah perjanjian Oslo tetapi pertubuhan hak asasi manusia berkata, kuantiti air yang dijual tidak meningkat selaras dengan pertambahan penduduk.
Menurut laporan, sumber air bawah tanah di kawasan pantai Genting Gaza yang menjadi satu-satunya sumber bekalan air bersih wilayah itu telah dicemari air laut dan kumbahan di samping menurun kualitinya disebabkan pengambilan berlebihan.
Amnesty menggambarkan bagaimana penduduk Palestin di Tebing Barat bergantung kepada bekalan air daripada lori tangki yang terpaksa menempuh perjalanan jauh bagi mengelakkan sekatan tentera Israel dan jalan yang ditutup kepada warga Palestin.
Situasi tersebut menyebabkan harga bekalan air melonjak, lapor pertubuhan itu.
Pihak berkuasa air Israel mendakwa laporan tersebut ‘berat sebelah dan tidak betul’ dan mengakui jurang bekalan air memang wujud tetapi tidaklah sebesar yang digambarkan oleh Amnesty. – Reuters
Mari kita gempur Israel habis-habisan.... Israel Laknatullah......

Tragedi Pos Dipang Berulang Kembali.....

KAMPAR 27 Okt. - Kementerian Pelajaran menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat punca kejadian jambatan gantung yang digunakan di pusat kokurikulum daerah di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Dipang di sini runtuh malam tadi.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pasukan berkenaan akan diketuai oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kerajaan negeri.
Katanya, siasatan akan melibatkan aspek teknikal berkaitan spesifikasi jambatan berkenaan yang runtuh secara tiba-tiba.
''Pasukan ini akan siasat secara terperinci dalam tempoh yang tidak berapa lama. Kemudian mereka akan sampaikan laporan lengkap kepada saya bagi mengetahui fakta sebenar kejadian berlaku.
''Kita akan bagi tempoh masa yang sesuai supaya (siasatan ini) lengkap dan terperinci," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas melawat kawasan kejadian jambatan gantung runtuh di SK Kuala Dipang dekat sini hari ini.
Turut melawat ialah isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Kong Cho Ha.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pihaknya dimaklumkan jambatan gantung berkenaan baru dibina atas sumbangan sebuah syarikat yang kos pembinaannya masih belum diketahui.
Jelas beliau, walaupun dibina atas dasar sumbangan, pihak kementerian tetap mahu memastikan sama ada ia mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tidak.
''Jadi soal kos dan persoalan mengenai spesifikasi jambatan gantung yang runtuh ini akan terjawab dalam laporan siasatan berkenaan.
''Di peringkat awal ini, jambatan gantung itu memang dibina atas sumbangan sebuah syarikat. Tentang sama ada kerja-kerja pembinaannya dilakukan ada pengawasan atau tidak belum ada maklumat tepat," katanya.
Pasukan penyiasat itu juga tegas beliau, akan menentukan sama ada guru-guru bertugas menjalankan pengawasan secukupnya selain jumlah sebenar murid-murid yang terjatuh ke dalam Sungai Kampar.
Katanya, siasatan akan turut menentukan sejauh mana dakwaan murid-murid bertindak menggoyang-goyangkan jambatan berkenaan sebelum runtuh adalah benar.
Sementara itu, Shaziman ketika ditemui berkata, beliau belum dapat memberi sebarang ulasan mengenai kejadian berkenaan kerana masih menunggu maklumat lanjut daripada JKR.
Alimuddin pula menegaskan, pihaknya akan menjalankan siasatan kes tersebut secara terperinci dan akan berusaha menyiapkannya seberapa segera yang mungkin.
Merujuk kenyataan akhbar ini, kita tersentak sekali lagi dengan berita yang amat sedih lagi memilukan. Apa yang sebenarnya terjadi adalah ketentuan illahi. Sebagai manusia kita hanya mampu merancang dan tuhan yang menentukan. Jangan saling menunding jari tapi kita cari jalan penyelesaian yang terbaik dan kolektif. Apa pun tahniah kepada semua yang sama-sama terpanggil menghulur bantuan dalam menangani isu ini. Berfikir untuk mencari penyelesaian adalah lebih baik dari menjatuhkan hukuman siapa yang benr dan siapa salah. Oleh itu kita perlu senantiasa berfikiran rasional dan bukannya skpetik tak tentu hala.

Sabtu, 24 Oktober 2009

Siksanya Minggu Pengurusan D93/95







Tanggal xxx dalam bulan Disember aku melaporkan diri untuk mengikuti kursus asas perguruan di MPBP. Waktu itu serba koro ( serba tak tahu ) tapi tersemat di hati indahnya MPBP dan terasa bangga diterima sebagai pelatih sedangkan beribu lagi pemohon yang menangis kerana gagal memperoleh pengalaman seperti ini.

Kegembiraan jelas terbayang apabila melangkan ke dewan besar ( nama lupa la ).... terlihat ramai para senior yang persis menunggu mangsanya untuk disakat dan diperguna sepanjang minggu pengurusan nanti....

Kemesraan menyambut ketibaan aku dan rakan2 hanyalah ilusi semata.... aku sebenarnya tidak pernah melalui peristiwa seperti ini....

Tepat jam 2.30 petang bermulalah sejarah hitam yang penuh dengan seribu kenangan manis yang dirasai oleh semua pelatih ketika itu....Antaranya ialah bakal2 guru dari kursus Penganjian Melayu, Muzik, B. Cina dan P.Islam... Aku dikelompokkan di bawah seliaan En. Sairil ( PM1 ) dan Burhan, Man ( PM1) seliaan Encik ???? tak tau .. lupa.

Hari2 yang dilalui sangat perit tetapi indah tapi inilah yang dinamakan strategi memupuk kasih mesra antara kami dan para senior... Sehingga kini aku amat rindukan suasana seperti ini...



Rasanya inilah peristiwa yang sukar dilupakan oleh semua.... aku masih teringat aku terpaksa mandi, buang air dan gosok gigi dalam satu masa untuk menjimatkan masa dan terhindar dari didenda oleh senior.... Panasnya punggung bila kami diminta duduk diatas jalan tar pada jam 3.00 ptg. Tapi seronok..... Husni, man fitnes, burhan, man n9, aku, sidi o bangla dan ramai lagi begitu takut dan cemas dengan kegrangan para senior.... tak terurus aku ketika itu.... macam tahanan rasanya.....Bila agaknya kita semua dapat berkumpul dan berkongsi pengalaman ini semula?





MPBP Oh! MPBP

Wajah MPBP kini telah berubah.... Dari nama yang dulunya terpahat di sanubari kita semua kini telah berubah seiring dengan aspirasi dan perjuangannya dalam melahirkan generasi pendidik berwibawa. Apakah kita anak kelahiran MPBP ini bergerak dan membesar selaras dengan perkembangan kefungsiannya sebagai wadah mebentuk generasi pendidik yang diharapkan oleh negara..... ataupun kita sesungguhnya selesa dengan keadaan kita seperti dulu yang hanya berpegang dengan pdeagogi lama mahupun kaedah p&p yang serba ketinggalan?

Wahai sahabatku sekalian marilah sama-sama kita bangkit memantapkan diri seterusnya melengkapkan diri kita semua dengan ilmu seiring dengan era globalisasi yang serba canggih demi anak didik kita di masa hadapan.


Jumaat, 23 Oktober 2009

Peluru Berpandu Dah Mula Mengena

Salam untuk para sahabat.....
Baru-baru ni Man N9 ada contact aku pasal nak masuk blog..... aku punyala semngat nak tengok tapi hampeh tak ada pun.... rasanya dia ada masalah dgn equipment ni..... Bur kau tolong ajar Bur. Aku bab teknikal ni kurang sikit.... Apapun man, aku harap kalau dah clear nanti senang2 tolong updatekan blog ni.... Baravo!!!!!!!

Selasa, 20 Oktober 2009

Ke Mana Hilangnya Kawan-kawan Lama...



Saja aku letak gambar ni sbb tak ada gambar lain.... aku tak dwnload lagi dari camera bur....

TEROPONG KENGKAWAN LAMA

Banyak pengalaman manis semasa di MPBP dulu. Namun kemanisan pengalaman itu kian terhapus oleh kesibukan dan haluan masing-masing. Julai 1996 bermulalah destinasi dan kehidupan aku dan kawan-kawan sebagai seorang guru. Ada yang tercampak ke kampung halaman, nun jauh di pedalaman atau perkampungan orang asli..... tapi rasanya ramai yang tercampak ke kampung halaman masing-masing termasukla aku....( Bo, la siapa lagi.... ). Antara rakan yang boleh dikatakan rapat macam burhan, husni, man sesungut, asri jalil masih dapat berhubung lagi. sesekali aku ada juga menjengah ke rumah mereka tak pun terjumpa di USM asri jalil contohnya.... tahun ni 30 nov 2009 insya-allah jumpa lagi.
Ramai kawan di PM1 yang masih aku rindu nak jumpa dan berbual bicara tentang pengalaman masing2. Antaranya yang lelaki: remond. suhaimi, shamsul (pet), faizul, ajak, man sesungut, man fitness, asri, wak jono, apai, husni, yang lain lupa la.... Kawan perempuan pula kalau tak lupa ramai juga antaranya.... jijah, salawati, fatimah, salina saari, kak iza kut, jalmah, rosliza, lina suam, ina cina, ramai aku dah lupala bur.... tapi kalau salawati dan fatimah aku tak lupa... dia cukup baik dgn aku.... ingat waktu PPL di Gunung Belumut kan.....Nantila kalau aku jumpa buku MPBP aku cuba contact kawan2 dan suruh join blog ni.... aku harap kawan2 kita takla goblog sangat.... dunia dah moden tapi kenapa agaknya kita selesa duduk bawah tempurung dan tunggu saja apa yang akan berlaku..... Bravo bur.... kalau kau ada scanner tu kau scan la gambar kawan2 dan publish kat blog ni.... aku tak ada scan so kau jangan la jadi goblog pula... kau kan guru ict... lainla aku ... ajor kh, pjk je... kalau buat program fitness bolehla.... satu lagi jangan la malas nak buat catatan baru dalam blog ni.... ok aku chow dulu.... assalamualaikum wbt.

Rabu, 14 Oktober 2009

CUCI OTAK

Catatan Di Perjalanan
Assalamualalaikum saudara/saudari. Rupa-rupanya belajar menjadi diam itu menjadi terlalu sukar apabila kita diizinkan mendengar dan melihat. Belajar untuk tidak mendengar dan tidak melihat menjadi jauh lebih payah kerana kita terpaksa keseorangan berjuang dengan godaan dan nafsu. Selamat berbahagia dengan kehadiran Ramadhan kali ini.....

Namun adalah sukar bagi kita yang bergelar manusia untuk melupa apa yang kita sukai dan yang dibenci oleh orang lain. Ramadhan berlalu, Syawal kian lesap dari jendelanya dan menjengah pula Zulkaedah yang penuh mulia dan menguji insan bernama manusia....

Apapun kita tetap sama, yang berubah hanya usia, raut wajah, serta amalan kehidupan kita... Berbahagialan bagi yang menjadi lebih baik dan berubahlah kepada yang jatuh tergelincir.

Untuk para sahabatku semua.... Andai terluang marilah berbual bicara... menitip setitis kata pengubat duka lara... menyembuh ikatan yang terputus sekian lama dan mewarnai diari kehidupan profesion kita dan berkongsilah pengalaman pahit dan manis bersama.....

BRAVO!!!!!!!!! Bangun dan Sedarlah kawanku...... jom sambung kembali memori MPBP 93/95 yang penuh keindahan tuuuuuuuu!!!!!!!

Rabu, 7 Oktober 2009




Gambar Raya


Kepada kawan2 kalau sudi join sangat dialu-alukan. Kepada yang ..... anggap blog ini sebagai penghubung antara kita semasa di MPBP dulu.

Jumaat, 2 Oktober 2009

Salam Lebaran pada semua, maaf zahir dan batin. Kepada rakan2 sering2lah masuk blog ni senng kita berborak. Apa pun tq kepada moderator kita sbb ringan tangan buat blog ni..

Khamis, 4 Jun 2009

Pertemuan Sahabat MPBP

Pada 4 Jun 09, aku telah bertugas di Stadium Suka Menanti bagi pertandingan Bola Baling MSSM 2009. Tak ku sangka jarak antara selatan dan utara lebih kurang 800 km telah menemukan aku dengan bekas YDP PGP MPBP sesi 91-93. Mulanya agak takut untuk menegur tapi setelah aku amati loghat percakapannya ada bau-bau jawa sikit. Aku pun memberanikan diri dan tegur sahabat aku itu. Ha..... bur ku tau siapa aku jumpa? Kalau kau nak tau aku terjumpa Sayuti YDP kita tu. Rupanya dia tak mengajar di Johor tapi telah mengajar di Perak. Dia bertugas sebagai pengadil. Sempat jugala aku bersembang lebih kurang 5 minit. Disebabkan dia bertugas dan aku pun faham so aku pun calo.... Tapi dia tak sombong dan dia said sorry pasal tak ingat nama aku. Aku tak balik Johor pasak aku sama-sama terlibat dlm jawatankuasa pertandingan tersebut. Bur kau dah fed-up ke untuk update blog nie. Aku suggest kau cuk bu yum 10 kali pas tu kau cium dari ibu jari sampai jari kelingking. Aku jamin kau tentu terhibur untuk update blog kau nie. Nak harap yang lain..... nak kata tak sekolah boleh kata ramai yang dah grade, tapi kok semakin lupa. Aku rasa ada lebih baik kalau kita je yang kawan 2 orang. Itu pun kalau kau nak kawan aku kan. Harap man, sesungut dia aje yang tajam, ajak pun tak terpanggil nak join atau chat, yang lain tu entahla.... kadang-kadang aku malu sbb aku aje yang over nak jumpa dia orang semua. Ok la bur aku tak larat nak ngomel. /zzswrt344$$$3122!!****09&&&& ( mentera yang kau ajar pada aku tu la kalau kau nak tau) ha...ha.... ha...... kene kau bur kali ini. Ok, ada masa nanti aku tambah lagi. Opps, bur aku lupa, aku terjumpa ckg dari seri medan, namanya Khairul Annam sekolahnya aku lupa, tapi dia duduk kat Tongkang Pecah. Kau kenal ke? Aku tanya dia kenal kau tak, tapi sebenarnya aku dah tu jawapannya, mesti tak kenal sebab kau bukannya org padang kan. Anyway.....Assalamualaikum

Rabu, 6 Mei 2009

Guru oh Guru

Tanggal 16 Mei yang akan muncul tidak lama lagi akan menjadi satu sejarah bagi semua warga pendidik di negara kita. Pelbagai isu yang timbul serta mewarnai dunia pendidikan Malaysia mengingatkan aku pada saat mula aku menjejakkan kaki di institut pendidikan di Batu Pahat. Teringat aku akan kata-kata senior semasa minggu pengurusan, kerjaya sebagai guru amat berat untuk di galas oleh semua warga pendidik. Mulanya aku tersenyum dengan kata yang terluah dan lantas aku membuat justifikasi bahawa dia menjadikan guru sebagai pilihan terakhir setelah gagal menjawat jawatan lain. Awalnya aku meletakkan kerjaya ini sebagai mudah, masuk kerja jam 7.30 pagi balik 1.15 petang. Relaks dan santai. Rupanya langit tidak selalu cerah dan malam yang indah tidak berpanjangan. Menjelang tahun 2000 dunia pendidikan tersepit dengan pelbagai reformasi yang pada tanggapan aku jauh menyimpang dari matlamat asalnya mendidik dan memimpin anak bangsa. Mengapa ini berlaku? Pelbagai pembaharuan dilaksanakan oleh golongan peneraju pendidikan negara dengan idea-idea yang dibayangi oleh kepentingan peribadi telah menjadikan dunia pendidikan haru-biru dan lintang pukang. Perlaksanaan KBSR dan menggantikan sistem pendidikan lamu menjadukan generasi pelajar yang kurang hormat kepada insan guru, ditambah lagi dengan perlaksanaan PPSMI yang mengundang sejuta konflik sama ada bagi golongan guru malah masyarakat amnya. Aku menganggap golongan pendidik seperti bahan ujikaji yang diguna pakai untuk menguji satu idea dan teori yang secara tidak langsung golongan pendidik sebagai bahan bakar kepada permasalahan pendidikan masa kini. Tanggal 16 Mei ini, bersesuaian dengan temanya Guru Pembentuk Negara Bangsa ( kalau tak silap ) mungkin menjadi satu wacana ilmu yang dapat pengangkat martabat guru di persada dunia pendidikan serta pembentuk insan yang terbilang pada masa depan. Pak Menteri yang baru seakan mempunyai satu suntikan ajaib yang dapat menyelesaikan permasalahan pendidikan negara khususnya dalam PPSMI. Harap begitulah. Walau apapun aku amat bersyukur menjadi seorang guru walaupun sumbangan yang diberi tidak seperti mana. Akhir kata Selamat Hari Guru buat semua rakan dan guru-guru yang telah banyak berjasa kepada seluruh insan guru. Tak lupa juga kepada mereka yang telah pergi semoga jasa kalian diberkati olehNya. Amin!

Ahad, 1 Mac 2009

Sebulan Berlalu.... Namun Sepi Terus Melanda

Assalamualaikum wbt, buat semua rakan yang masih lagi memikirkan perlunya mejana semula ikatan perhubungan yang telah terpisah lebih sedekad yang lalu. Bukan nak kutuk atau mengguris hati kalian tapi sekadar ingin mencambahkan semula hubungan semasa kita sama-sama berada dalam kepompong MPBP sehingga menjadikan kita seorang pendidik yang berwibawa.

Kemajuan IT yang dicetuskan oleh kerajaan, harus kita guna dengan sebaiknya. Berjuta ringgit dilabur tapi sepi tanpa diguna dengan penuh manfaat. Mengapa?

Bancian menunjukkan ramai kalangan kita tidak mahu hubungan terputus begitu saja, tapi hakikatnya kuntum dan mula layu dan tunggu masa nak jatuh menyembah bumi. Janganla macam tu beb.... Aku masih mengingati semua rakan2 yang sama-sama susah semasa di MPBP. Plastik maggi, En. Adni dan ramai lagi pensyarah masih kukuh terpahat dalam benak aku. Kalian macam mana? Bagi aku saat paling indah ialah aku dapat jumpa rakan2 baik aku walaupun ianya tidak dirancang macam orang nak buat kenduri. segalanya ad-hoc saja. Tapi aku yakin kalian bukannya lupa tapi tak sempat nak jengah blog yang dipublish oleh rakan kita yang saiznya kecil tapi wawasannya menjulang tinggi. Apa pun kalau tak dijaga dan dibelai pasti akan karat, lapuk, kusam dan dimakan anai-anai. So jangan malu dan segan.... jengahlah ke blog kita. Aku yakin kalian akan berada dekat di kalangan kita walaupun terpisah ratusan kilometer.

Ahad, 8 Februari 2009

Kenangan Lalu Menggamit Kembali

Buat semua sahabat PM1 sesi 93/95 MPBP Johor. Ada yang masih setia berhubung dan tak kurang juga menyepi tanpa berita. Kekadang bila terfikir memori lalu di MPBP aku sering ketawa sendiri. Rasanya sukar untuk diulang kembali saat tersebut. Karenah rakan-rakan sering mentertawakan hati ini. Suhaimi orangnya macho (dulu) tapi lagaknya macam pelawak yang sangat menghiburkan. Peristiwa bermain gitar lewat malam mengundang kemarahan En. Aziz (warden 05). Azman Shamsudin, lembut orangnya. Tapi tegas bila mengajak kawan2 melakukan senaman untuk meningkatkan "fitness" untuk aktiviti luar di Gunung Belumut. Husni tampak ganas tapi akhirnya menjadi seorang yang begitu tertib dan mempunyai wawasna dan hala tuju kehidupan yang penuh meyakinkan. Takbirrrrrr!
Baru-baru ini ke rumah Raymond di Behrang, Alhamdulillah dah berubah sekarang. Sekarang bergelar usahawan berjaya. Man N9 agen jualan langsung yang berjaya. Burhan pula sibuk mengurus tanah untuk menjadi peladang berjaya. Aku macam dulu, namun bersyukur dengan apa yang ada. Apai masih solo....... Tapi periang macam dulu. Kini orang kuat sukan di Rembau. Mungkin akan ganti Ismail Sabri suatu hari nanti. Rakan yang lain terus terputus hubungan. Ajak, Wak Jono ada juga aku hubungi......... Nasir...... entah ke mana...... Asri Jalil ada aku jumpa semasa kursus intensif di Usm.....Pelajar tahun 2 sekarang....... Misbah ada juga terjumpa ketika itu.... Pelajar tahun1 Usm. Aku insya-allah 2010 tamat. Rakan-rakan yanh lain hanya jijah yang sering contact aku dan pernah tidur di teratak buruk aku bersama keluarganya. Thanks.
Man, Burhan bila lagi nak datang? Aku tunggu kalian...... Suhaimi pun sama ..... bila lagi. Reymond dah datang juga walaupun seketika......

Buat rakan semua ..... aku adalah Bo kini berada di Kedah. Kalau tersasar ke utara, jangan segan contact aku. Boleh makan pasembur dan nasi kandar beb. Bau karinya tiga hari tak hilang........

Alamat aku.....

no 11, lrg. bentara 2, tmn. alor setar,
jalan telok wanjah, 05200 alor setar,
kedah darul aman.

email: selatanman70@gmail.com / dol_70@yahoo.com

Sekadar ini yang dapat dicoretkan, ada masa aku sambung lagilah....... cuk bu yum buat burhan my best friend..... kalian semua pun samalah........ bye.

Sabtu, 7 Februari 2009

Salam Buat Semua

Assalamualaikum warahmatullah.......


Lebih sedekad kita tak bersua muka apatah lagi bertegur sapa. Tapi Alhamdulillah berkat kesungguhan kita sendiri kita diberi kesempatan berjumpa walaupun sekejap cuma. Buat semua sahabat sewaktu di MPBP 93/95 aku pohon kemafaan sekiranya terdapat kesilapan dan terlanjur kata semasa kita sama-sama menjadi pelatih di sana. Tanggal 23 Januari aku dan family pulang ke Johor, maklumlah cuti raya cina beb.....


On the way ke JB, aku berkira-kira ramai kawan2 yang dapat aku jumpa sebelum smpai ke destinasi aku. Husni di Lenggong, Reymond di Behrang, Jijah di Rawang, Man & Apai di N9 dan Burhan di Y.Peng. Alhamdulillah aku dapat jumpa semua kecuali Husni. Tapi tak apa sebab aku tak terputus hubungan dengannya. Jasni ada di Tokai Kedah. Kerap juga jumpa. Yang lain aku tak dan nak jumpa sebab cuti singkat. Family lebih utama beb. Tapi tak bermakna aku ketepikan kau orang semua. You are my friend beb........

Rabu, 4 Februari 2009

Ajak kau dimana? Ku dengar kau dah jadi PPD. wau.............
Jamil.....?
Misbah Abu ?
Fauziah Abu ?
Samsul ?
Azman. aku teringat kan senaman-senaman yang kau ajarkan untuk menguruskan badan.
Remoon ....?
Mahanom ...?
Zaliha ..... ?
Zaimah... ?
Tidak dilupakan Sarina....?
Nasir. Dimanalah kau nasir? aku merindui mu, jelingan matamu senyuman dibibirmu. aku mengharapkan agar kau teruskan lah jadi biro penerbitan dalam blog ni.

Wak Jono. kalau dapat ikan besar jangan lupakan aku.

Dan kekawan yang lain aku tetap mengingati kalian semua.

Nama baru maktab kita.


Dulu MPBP Maktab Perguruan Batu Pahat dah tukar


INSTITUT PERGURUAN TUN HUSSEIN ONN.
Yang ini logo baru maktab jangan tak kenal pulak.

Terima kasih atas kunjungan.

Ucap terima kasih kat man sbb jauh-jauh datang kat rumah aku kat medan ni . Harap-harap kekawan yang lain kalau ke johor jangan lupa singgah ye. Kau orang tak rinduke MPBP. Al maklumlah dah 13 tahun kita tinggalkan makatab. Adni klewon tentu dah rindu kat kau orang semua.

Tq. juga kat bo, sebab sanggup juga jumpa aku kt Yong Peng sebelum balik kedah. Bo pandai jaga badan. Tetap macam dulu..... macoo...

No telefon kawan-kawan.

Tuan tanah kedaung bolg Burhan Yussof 0137302819.
Kamaruzaman Kamis 0132356596.
Bohari ( cuk bu yum) @ boo 0134204218.
Suhaimi (Sukacap) 0136982620
Wak Jono 0133518640
Husni 0195559472
Asri 0166052842
Apai 0173772056

Tu je nombor kawan-kawan yang aku ada.