Selasa, 27 Oktober 2009

Kekejaman Israel Tiada Penghujungnya...

Israel sekat bekalan air
KANAK-KANAK ini meminum terus dari tangki air di kediamannya yang dimusnahkan dalam serangan tentera Israel di Rafah. – AP
BAITULMAQDIS 27 Okt. – Pertubuhan hak asasi manusia, Amnesty International melaporkan sekatan yang dikenakan oleh Israel menghalang penduduk Palestin di Tebing Barat dan Genting Gaza daripada mendapat bekalan air yang mencukupi.
Penggunaan air per kapita setiap hari di Israel adalah empat kali lebih tinggi daripada penggunaan air di wilayah-wilayah Palestin, menurut Amnesty dalam laporannya hari ini.
Seorang rakyat Israel menggunakan 300 liter air sehari berbanding 70 liter sehari yang digunakan oleh seorang penduduk Palestin di Tebing Barat dan Genting Gaza.
“Air ialah satu keperluan dan hak asasi tetapi bagi ramai penduduk Palestin memperoleh bekalan air yang tidak bersih bagi memenuhi keperluan sendiri pun sudah menjadi sesuatu yang di luar kemampuan mereka,” kata penyelidik Amnesty mengenai Israel, Donatella Rovera.
Jurucakap bagi Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyangkal kenyataan Amnesty itu dan menyifatkannya sebagai ‘tidak masuk akal’.
Israel mendakwa, ia memenuhi kewajipannya di bawah perjanjian damai Oslo 1993 sedangkan Palestin gagal memenuhi kewajipan mereka sendiri untuk mengitar semula air selain tidak mengagihkan bekalan air dengan cekap.
Israel yang turut mengalami masalah kekurangan air dan kenaikan tarif air mengawal sebahagian besar bekalan air di Tebing Barat, dengan mengepam air dari sumber air bawah tanah yang merentangi Israel dan wilayah Palestin itu.
Rejim Yahudi itu menjual air balik kepada Pihak Berkuasa Palestin mengikut kuota yang dipersetujui di bawah perjanjian Oslo tetapi pertubuhan hak asasi manusia berkata, kuantiti air yang dijual tidak meningkat selaras dengan pertambahan penduduk.
Menurut laporan, sumber air bawah tanah di kawasan pantai Genting Gaza yang menjadi satu-satunya sumber bekalan air bersih wilayah itu telah dicemari air laut dan kumbahan di samping menurun kualitinya disebabkan pengambilan berlebihan.
Amnesty menggambarkan bagaimana penduduk Palestin di Tebing Barat bergantung kepada bekalan air daripada lori tangki yang terpaksa menempuh perjalanan jauh bagi mengelakkan sekatan tentera Israel dan jalan yang ditutup kepada warga Palestin.
Situasi tersebut menyebabkan harga bekalan air melonjak, lapor pertubuhan itu.
Pihak berkuasa air Israel mendakwa laporan tersebut ‘berat sebelah dan tidak betul’ dan mengakui jurang bekalan air memang wujud tetapi tidaklah sebesar yang digambarkan oleh Amnesty. – Reuters
Mari kita gempur Israel habis-habisan.... Israel Laknatullah......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan