Jumaat, 30 Oktober 2009

Langkawi Bumi Mahsuri... Bumi Lagenda







Jalan-jalan ke Langkawi.......

Indahnya Bumi Tuhan.....











Saja kepilkan gambar untuk tatapan kawan2......




Hajat aku nak ke Sabah akhirnya tertunai...... seronok juga....




Jom kawan2 kita pi jalan-jalan ke Sabah...

Perodua MPV Mengancammmmmm!







November 2009 bermulalah satu era baru dalam industri automotif milik PERODUA. Mememahami kehendak dan citarasa pengguna yang memerlukan satu bentuk kenderaan yang mampu dimiliki oleh penduduk Malaysia serta mencukupi ruang bagi keluarga yang sederhana besar maka pada bulan ini akan terlancarlah perodua MPV terbaru yang namanya masih menjadi rahsia lagi. Tapi aku rasa cantik kalau diberi nama Perodua 1 Malaysian.

Selasa, 27 Oktober 2009

Kekejaman Israel Tiada Penghujungnya...

Israel sekat bekalan air
KANAK-KANAK ini meminum terus dari tangki air di kediamannya yang dimusnahkan dalam serangan tentera Israel di Rafah. – AP
BAITULMAQDIS 27 Okt. – Pertubuhan hak asasi manusia, Amnesty International melaporkan sekatan yang dikenakan oleh Israel menghalang penduduk Palestin di Tebing Barat dan Genting Gaza daripada mendapat bekalan air yang mencukupi.
Penggunaan air per kapita setiap hari di Israel adalah empat kali lebih tinggi daripada penggunaan air di wilayah-wilayah Palestin, menurut Amnesty dalam laporannya hari ini.
Seorang rakyat Israel menggunakan 300 liter air sehari berbanding 70 liter sehari yang digunakan oleh seorang penduduk Palestin di Tebing Barat dan Genting Gaza.
“Air ialah satu keperluan dan hak asasi tetapi bagi ramai penduduk Palestin memperoleh bekalan air yang tidak bersih bagi memenuhi keperluan sendiri pun sudah menjadi sesuatu yang di luar kemampuan mereka,” kata penyelidik Amnesty mengenai Israel, Donatella Rovera.
Jurucakap bagi Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyangkal kenyataan Amnesty itu dan menyifatkannya sebagai ‘tidak masuk akal’.
Israel mendakwa, ia memenuhi kewajipannya di bawah perjanjian damai Oslo 1993 sedangkan Palestin gagal memenuhi kewajipan mereka sendiri untuk mengitar semula air selain tidak mengagihkan bekalan air dengan cekap.
Israel yang turut mengalami masalah kekurangan air dan kenaikan tarif air mengawal sebahagian besar bekalan air di Tebing Barat, dengan mengepam air dari sumber air bawah tanah yang merentangi Israel dan wilayah Palestin itu.
Rejim Yahudi itu menjual air balik kepada Pihak Berkuasa Palestin mengikut kuota yang dipersetujui di bawah perjanjian Oslo tetapi pertubuhan hak asasi manusia berkata, kuantiti air yang dijual tidak meningkat selaras dengan pertambahan penduduk.
Menurut laporan, sumber air bawah tanah di kawasan pantai Genting Gaza yang menjadi satu-satunya sumber bekalan air bersih wilayah itu telah dicemari air laut dan kumbahan di samping menurun kualitinya disebabkan pengambilan berlebihan.
Amnesty menggambarkan bagaimana penduduk Palestin di Tebing Barat bergantung kepada bekalan air daripada lori tangki yang terpaksa menempuh perjalanan jauh bagi mengelakkan sekatan tentera Israel dan jalan yang ditutup kepada warga Palestin.
Situasi tersebut menyebabkan harga bekalan air melonjak, lapor pertubuhan itu.
Pihak berkuasa air Israel mendakwa laporan tersebut ‘berat sebelah dan tidak betul’ dan mengakui jurang bekalan air memang wujud tetapi tidaklah sebesar yang digambarkan oleh Amnesty. – Reuters
Mari kita gempur Israel habis-habisan.... Israel Laknatullah......

Tragedi Pos Dipang Berulang Kembali.....

KAMPAR 27 Okt. - Kementerian Pelajaran menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat punca kejadian jambatan gantung yang digunakan di pusat kokurikulum daerah di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Dipang di sini runtuh malam tadi.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pasukan berkenaan akan diketuai oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kerajaan negeri.
Katanya, siasatan akan melibatkan aspek teknikal berkaitan spesifikasi jambatan berkenaan yang runtuh secara tiba-tiba.
''Pasukan ini akan siasat secara terperinci dalam tempoh yang tidak berapa lama. Kemudian mereka akan sampaikan laporan lengkap kepada saya bagi mengetahui fakta sebenar kejadian berlaku.
''Kita akan bagi tempoh masa yang sesuai supaya (siasatan ini) lengkap dan terperinci," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas melawat kawasan kejadian jambatan gantung runtuh di SK Kuala Dipang dekat sini hari ini.
Turut melawat ialah isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Kong Cho Ha.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pihaknya dimaklumkan jambatan gantung berkenaan baru dibina atas sumbangan sebuah syarikat yang kos pembinaannya masih belum diketahui.
Jelas beliau, walaupun dibina atas dasar sumbangan, pihak kementerian tetap mahu memastikan sama ada ia mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tidak.
''Jadi soal kos dan persoalan mengenai spesifikasi jambatan gantung yang runtuh ini akan terjawab dalam laporan siasatan berkenaan.
''Di peringkat awal ini, jambatan gantung itu memang dibina atas sumbangan sebuah syarikat. Tentang sama ada kerja-kerja pembinaannya dilakukan ada pengawasan atau tidak belum ada maklumat tepat," katanya.
Pasukan penyiasat itu juga tegas beliau, akan menentukan sama ada guru-guru bertugas menjalankan pengawasan secukupnya selain jumlah sebenar murid-murid yang terjatuh ke dalam Sungai Kampar.
Katanya, siasatan akan turut menentukan sejauh mana dakwaan murid-murid bertindak menggoyang-goyangkan jambatan berkenaan sebelum runtuh adalah benar.
Sementara itu, Shaziman ketika ditemui berkata, beliau belum dapat memberi sebarang ulasan mengenai kejadian berkenaan kerana masih menunggu maklumat lanjut daripada JKR.
Alimuddin pula menegaskan, pihaknya akan menjalankan siasatan kes tersebut secara terperinci dan akan berusaha menyiapkannya seberapa segera yang mungkin.
Merujuk kenyataan akhbar ini, kita tersentak sekali lagi dengan berita yang amat sedih lagi memilukan. Apa yang sebenarnya terjadi adalah ketentuan illahi. Sebagai manusia kita hanya mampu merancang dan tuhan yang menentukan. Jangan saling menunding jari tapi kita cari jalan penyelesaian yang terbaik dan kolektif. Apa pun tahniah kepada semua yang sama-sama terpanggil menghulur bantuan dalam menangani isu ini. Berfikir untuk mencari penyelesaian adalah lebih baik dari menjatuhkan hukuman siapa yang benr dan siapa salah. Oleh itu kita perlu senantiasa berfikiran rasional dan bukannya skpetik tak tentu hala.

Sabtu, 24 Oktober 2009

Siksanya Minggu Pengurusan D93/95







Tanggal xxx dalam bulan Disember aku melaporkan diri untuk mengikuti kursus asas perguruan di MPBP. Waktu itu serba koro ( serba tak tahu ) tapi tersemat di hati indahnya MPBP dan terasa bangga diterima sebagai pelatih sedangkan beribu lagi pemohon yang menangis kerana gagal memperoleh pengalaman seperti ini.

Kegembiraan jelas terbayang apabila melangkan ke dewan besar ( nama lupa la ).... terlihat ramai para senior yang persis menunggu mangsanya untuk disakat dan diperguna sepanjang minggu pengurusan nanti....

Kemesraan menyambut ketibaan aku dan rakan2 hanyalah ilusi semata.... aku sebenarnya tidak pernah melalui peristiwa seperti ini....

Tepat jam 2.30 petang bermulalah sejarah hitam yang penuh dengan seribu kenangan manis yang dirasai oleh semua pelatih ketika itu....Antaranya ialah bakal2 guru dari kursus Penganjian Melayu, Muzik, B. Cina dan P.Islam... Aku dikelompokkan di bawah seliaan En. Sairil ( PM1 ) dan Burhan, Man ( PM1) seliaan Encik ???? tak tau .. lupa.

Hari2 yang dilalui sangat perit tetapi indah tapi inilah yang dinamakan strategi memupuk kasih mesra antara kami dan para senior... Sehingga kini aku amat rindukan suasana seperti ini...



Rasanya inilah peristiwa yang sukar dilupakan oleh semua.... aku masih teringat aku terpaksa mandi, buang air dan gosok gigi dalam satu masa untuk menjimatkan masa dan terhindar dari didenda oleh senior.... Panasnya punggung bila kami diminta duduk diatas jalan tar pada jam 3.00 ptg. Tapi seronok..... Husni, man fitnes, burhan, man n9, aku, sidi o bangla dan ramai lagi begitu takut dan cemas dengan kegrangan para senior.... tak terurus aku ketika itu.... macam tahanan rasanya.....Bila agaknya kita semua dapat berkumpul dan berkongsi pengalaman ini semula?





MPBP Oh! MPBP

Wajah MPBP kini telah berubah.... Dari nama yang dulunya terpahat di sanubari kita semua kini telah berubah seiring dengan aspirasi dan perjuangannya dalam melahirkan generasi pendidik berwibawa. Apakah kita anak kelahiran MPBP ini bergerak dan membesar selaras dengan perkembangan kefungsiannya sebagai wadah mebentuk generasi pendidik yang diharapkan oleh negara..... ataupun kita sesungguhnya selesa dengan keadaan kita seperti dulu yang hanya berpegang dengan pdeagogi lama mahupun kaedah p&p yang serba ketinggalan?

Wahai sahabatku sekalian marilah sama-sama kita bangkit memantapkan diri seterusnya melengkapkan diri kita semua dengan ilmu seiring dengan era globalisasi yang serba canggih demi anak didik kita di masa hadapan.


Jumaat, 23 Oktober 2009

Peluru Berpandu Dah Mula Mengena

Salam untuk para sahabat.....
Baru-baru ni Man N9 ada contact aku pasal nak masuk blog..... aku punyala semngat nak tengok tapi hampeh tak ada pun.... rasanya dia ada masalah dgn equipment ni..... Bur kau tolong ajar Bur. Aku bab teknikal ni kurang sikit.... Apapun man, aku harap kalau dah clear nanti senang2 tolong updatekan blog ni.... Baravo!!!!!!!

Selasa, 20 Oktober 2009

Ke Mana Hilangnya Kawan-kawan Lama...



Saja aku letak gambar ni sbb tak ada gambar lain.... aku tak dwnload lagi dari camera bur....

TEROPONG KENGKAWAN LAMA

Banyak pengalaman manis semasa di MPBP dulu. Namun kemanisan pengalaman itu kian terhapus oleh kesibukan dan haluan masing-masing. Julai 1996 bermulalah destinasi dan kehidupan aku dan kawan-kawan sebagai seorang guru. Ada yang tercampak ke kampung halaman, nun jauh di pedalaman atau perkampungan orang asli..... tapi rasanya ramai yang tercampak ke kampung halaman masing-masing termasukla aku....( Bo, la siapa lagi.... ). Antara rakan yang boleh dikatakan rapat macam burhan, husni, man sesungut, asri jalil masih dapat berhubung lagi. sesekali aku ada juga menjengah ke rumah mereka tak pun terjumpa di USM asri jalil contohnya.... tahun ni 30 nov 2009 insya-allah jumpa lagi.
Ramai kawan di PM1 yang masih aku rindu nak jumpa dan berbual bicara tentang pengalaman masing2. Antaranya yang lelaki: remond. suhaimi, shamsul (pet), faizul, ajak, man sesungut, man fitness, asri, wak jono, apai, husni, yang lain lupa la.... Kawan perempuan pula kalau tak lupa ramai juga antaranya.... jijah, salawati, fatimah, salina saari, kak iza kut, jalmah, rosliza, lina suam, ina cina, ramai aku dah lupala bur.... tapi kalau salawati dan fatimah aku tak lupa... dia cukup baik dgn aku.... ingat waktu PPL di Gunung Belumut kan.....Nantila kalau aku jumpa buku MPBP aku cuba contact kawan2 dan suruh join blog ni.... aku harap kawan2 kita takla goblog sangat.... dunia dah moden tapi kenapa agaknya kita selesa duduk bawah tempurung dan tunggu saja apa yang akan berlaku..... Bravo bur.... kalau kau ada scanner tu kau scan la gambar kawan2 dan publish kat blog ni.... aku tak ada scan so kau jangan la jadi goblog pula... kau kan guru ict... lainla aku ... ajor kh, pjk je... kalau buat program fitness bolehla.... satu lagi jangan la malas nak buat catatan baru dalam blog ni.... ok aku chow dulu.... assalamualaikum wbt.

Rabu, 14 Oktober 2009

CUCI OTAK

Catatan Di Perjalanan
Assalamualalaikum saudara/saudari. Rupa-rupanya belajar menjadi diam itu menjadi terlalu sukar apabila kita diizinkan mendengar dan melihat. Belajar untuk tidak mendengar dan tidak melihat menjadi jauh lebih payah kerana kita terpaksa keseorangan berjuang dengan godaan dan nafsu. Selamat berbahagia dengan kehadiran Ramadhan kali ini.....

Namun adalah sukar bagi kita yang bergelar manusia untuk melupa apa yang kita sukai dan yang dibenci oleh orang lain. Ramadhan berlalu, Syawal kian lesap dari jendelanya dan menjengah pula Zulkaedah yang penuh mulia dan menguji insan bernama manusia....

Apapun kita tetap sama, yang berubah hanya usia, raut wajah, serta amalan kehidupan kita... Berbahagialan bagi yang menjadi lebih baik dan berubahlah kepada yang jatuh tergelincir.

Untuk para sahabatku semua.... Andai terluang marilah berbual bicara... menitip setitis kata pengubat duka lara... menyembuh ikatan yang terputus sekian lama dan mewarnai diari kehidupan profesion kita dan berkongsilah pengalaman pahit dan manis bersama.....

BRAVO!!!!!!!!! Bangun dan Sedarlah kawanku...... jom sambung kembali memori MPBP 93/95 yang penuh keindahan tuuuuuuuu!!!!!!!

Rabu, 7 Oktober 2009




Gambar Raya


Kepada kawan2 kalau sudi join sangat dialu-alukan. Kepada yang ..... anggap blog ini sebagai penghubung antara kita semasa di MPBP dulu.

Jumaat, 2 Oktober 2009

Salam Lebaran pada semua, maaf zahir dan batin. Kepada rakan2 sering2lah masuk blog ni senng kita berborak. Apa pun tq kepada moderator kita sbb ringan tangan buat blog ni..