Sabtu, 28 November 2009

Nikmatnya Mee Bandung Muar

Asam Pedas Ikan ( Melaka )
Nasi Briyani Gam ( Batu Pahat )

Mee Bandung Muar


Tanggal 22 Nov 2009 aku berkesempatan balik ke Simpang Renggam. Kerinduan terhadap kampung, pusara bonda tersayang, ayahnda dan keluarga begitu menusuk kalbu. Alhamdulillah terubat juga kerinduan aku walaupun sekadar 5 hari di kampung halaman. Desakan tugas dan kewajipan terhadap pengajianku memaksa aku pulang lebih awal.



Benar kata pepatah, "lain padang lain belalang". Di Kedah semuanya berbeza dengan Johor. Makanan, bahasa dan budaya adakalanya menjadikan aku lebih dewasa dengan pelbagai ragam kehidupan. Di Kedah popular dengan laksa, passembur, dan nasi kandar tetapi di Johor begitu popular dengan mee bandung muar, mee rebus dan nasi bariyani gam. Ahhhhh sukar digambarkan keenakan masakan Johor.



Maaf kepada kawan2 kerana tak dapat singgah kerana kesuntukan masa. Alhamdulillah aku berkesempatan menjamu selera mee bandung Parit Pinang. Sedapppppppp sehingga menjilat jari. Itulah kelebihan di Johor yang tidak ada di Kedah. Asam pedas Parit Jawa dan Melaka juga sangat membuka selera.



Bur dan kawan2 di Muar, insya-allah andai ada masa terluang akan aku singgah rumah kalian. Aap pun terima kasih kerana jemputan yangh tak tertunai oleh aku dan keluarga.

Selasa, 17 November 2009

Aduhai Kenapa Sepi Ni..........


Salam buat semua sahabat....
Kenapa senyap dan sunyi, macam tengah dilanda garuda je.....
Rasanya hanya aku dan burhan saja yang gatal tangan update blog ni.... tapi mengapa yang lain senyap? Tak kawan ke?
Apa pun terimalah picisan puisi ini untuk semua...

Hari ini hujan lebat,
Rasa sejuk tidak terhingga;
Aduhai sayang semua sahabat,
Mengapa sepi tanpa berita.

Aduhai sayang semua sahabat,
Mengapa sepi tanpa berita;
Bukankah dulu hubungan kita erat,
Susah senang kita bersama.

Bukankah dulu hubungan kita erat,
Susah senang kita bersama;
Walaupun jarang berutus surat,
Kenangan di MPBP sering menjelma.

Walaupun jarang berutus surat,
Kenangan di MPBP sering menjelma;
Marilah join blog agar rindu terubat,
Moga ukhwah kekal selamanya.

Kepada rakan-rakan sekalian aku cabar korang supaya jawab pantun berkait aku ni.....!
Bur aku cabar kau jawab pantun ni....
BangunNNNNNNNNN!!!!!! semua sahabat.... Ringankan tangan tulislah berita kaliannnnn!!!!!

( bohari )

Ahad, 8 November 2009

Kedah Mula Dilanda Banjir




Sejak kebelakangan ini, bahagian utara semenanjung kerap dilanda hujan lebat. Kekadang pagi dan juga petang. Disebabkan hujan lebat yang berpanjangan maka sebahagian kawasan di Kedah mula dinaiki air. Fenomena biasa yang akan melanda negeri utara semenanjung pada penghujung tahun.

Namun kawasan sekolah aku masih selamat tapi kawasan sekitar sekolah ada yang telah dilimpahi air. Kasihan kepada penduduk setempat. Subhanallah.........

Ahad, 1 November 2009

Gambar Kawan2 Di MPBP




Ha......


Aku dah cuba korek..... dapat satu gambar. Ni gambar masa jamuan hari jadi kut..... Tapi gambar ni tak berapa nak clear sebab dah lama dan kita dah pun tua belaka.... so gambar kita pun dah tua la jadinya.... Tapi dalam banyak2 kawan kita... wak jono la yang bertambah tua... sebab dulu pun dia dah dipanggil wak.... Bur... tapi si sidi o bangla tu mengancam woi.... lama tak jumpa dia... entah2 dia dah berlakon kut....