
Singkat rasanya masa berlalu. Dalam duk angan-angan telah pergi tabir 2009 dan menjelmalah 2010. Ini bermakna umur kita telah pun bertambah. Alhamdulillah syukur kepadaNya kerana dipanjangkan usia dan semoga dilain-lain tahun hendaknya. Kepada rakan-rakan seperjuangan diucapkan Selamat Tahun Baru dan semoga di tahun ini kita memperbaiki diri kita serta bermuhasabah agar menjadi insan pendidik yang berwibawa ... Insya-allah. Sebenarnya tiada apa yang hendak aku sampaikan melainkan sokongan dari sahabat sekalian agar tapak ini semakin ceria dan aktif seterusnya hubungan kita bertambah erat lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan